Memang tidak dinafikan Kementerian Pelajaran amat berjasa di dalam memperkasakan maklumat di sekolah melalui penubuhan Pusat Akses Sekolah. Tetapi di sebalik manfaat percuma yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah, terdapat segelintir pelajar telah menyelewengkan penggunaannya.
Sekolah merupakan tempat untuk membina pengetahuan dan mendapatkan maklumat, bukanlah tempat untuk berhibur dan berkenalan dengan rakan-rakan yang tak sepatutnya. Ada pelajar mengambil kesempatan menggunakan pusat akses zahirnya seperti mencari dan menaip maklumat, tetapi telinganya dihiburkan dengan lagu-lagu yang bermacam-macam genre. Sistem audio pusat akses, High Definition pulak tu tambahan lagi dengan Headphone yang canggih bunyinya.
Web yang dilayari di pusat akses mengikut statistik pemerhatian, kebanyakkan berunsur hiburan dan pergaulan. Friendster, Myspace, YouTube dan lain-lain memang cukup popular. Memang Kementerian sudah sekat, tetapi pelajar-pelajar sekarang sudah pandai, mereka guna search engine untuk buka kembali. Tak dinafikan, ada pelajar yang telah ponteng sekolah kerana membuat temujanji melalui web myspace dan friendster. Malah, ada pulak kes kecurian dan pertukaran RAM tinggi kepada RAM rendah berlaku di makmal komputer. Pemantauan oleh Guru Pusat Akses pula terhad kerana mereka juga mempunyai waktu P&P dan aktiviti KoKurikulum yang bermacam-macam.

Kami amat mengarapkan agar pihak Kementerian memberikan senarai-senarai perisian untuk blok web-web tertentu. Di dalam menyekat penggunaan audio komputer dari disalah-gunakan, kami telah uninstall sistem audio komputer-komputer pusat akses. Akibatnya, komputer tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Tetapi kami mempunyai back-up device driver sekiranya penggunaan untuk tujuan P&P perlu. Sila beri komentar anda berhubung isu ini.